Hilang selepas terjun sungai.


بسم الله الرحمن الرحيم


KOTA BHARU - Tahun 2010 yang baru menjelang menjadi peristiwa malang kepada seorang anggota bomba apabila anaknya, Ridzalani Ramli 18, hilang dihanyutkan arus Sungai Pengkalan Chepa dekat Kampung Panchor awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.05 pagi itu, dia dipercayai terjun ke dalam sungai tersebut sebaik menyedari kehadiran anggota polis yang menjalankan rondaan sempena sambutan tahun baru.

Kejadian itu disedari oleh beberapa rakan mangsa selepas mereka gagal menghubunginya sebelum menemui motosikal yang ditunggang mangsa berada dalam keadaan terbalik di tepi jalan di atas Jambatan Pak Nik Lah yang sedang dalam pembinaan.


Ibunya, Che Rohani Abdul Ghani, 52, ketika ditemui di tempat kejadian memberitahu, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 1.15 pagi, sebelum menghubungi suaminya, Ramli Chik, 52, yang bertugas di Kuala Lumpur.
( Dipetik dari Kosmo, 2 Januari 2010 )
*********************************************************************
Mari kita sama-sama doa agar dijumpai semula dalam keadaan baik. Ameen... Insya Allah...
Dalam kes ini, ada beberapa maklumat penting ingin saya kongsi bersama.  Penentuan Sebelum Pembahagian. Disini saya boleh simpulkan ada 2 keadaan :


1. Jika dia mati secara hukmi iaitu hakim yang tentukan. Tidak boleh kita sendiri tafsirkan... Hukum ini ikut hakim di tempat masing-masing. Jikalau kita sendiri melihat mayat si mati tidak ada masalah. Ini dinamakan "Hakiki". Masalah akan timbul apabila tidak jumpa dalam tempuh yang agak lama. Jadi, dalam kes ini... Kita serahkan hakim setempat yang akan menentukan sama ada masih hidup ataupun mati.



2. Jika ada ahli warisnya mati. Si "HILANG" berhak menerima harta warisan sekiranya pihak hakim masih mengatakan dia masih hidup. Hakim yang tentukan. Jadi, tentukan pembahagiannya walaupun dia "HILANG".


Ini merujuk kitab Fiqh Al-Mawarits dalam perundangan islam. Dalam kitab tersebut telah mengasingkan bab ini untuk menerangkan lebih lanjut. Saya tidak tahu bagaimana Mahkamah di Malaysia mengendalikan kes ini. Saya hanya hendak berkongsi pendapat dan idea bersama sahabat-sahabat. 


sekian...


و الله تعالى أعلم

1 comments:

  along

January 2, 2010 at 12:52 PM

Sama-sama doa.. Mudah2an jumpa dalam keadaan baik... Ameen...