Warga Emas Sebak.


Faraid RM 5.4 juta.


Suspek bunuh isteri.


Simbah Asid.


Pengenalan Ilmu Pusaka.

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum memulakan tajuk pusaka dan semua ilmu yang ingin diceburi terlebih dahulu hendaklah dikenal pasti apakah tajuk perbincangan atau lebih dikenali dengan "Pengenalan asas sepuluh perkara" iaitu :


1. Definisi : Feqh warisan dan ilmu hisab sebagai jalan mengetahui pusaka si mati daripada harta ataupun hak-hak.


2. Perbincangan : Harta pusaka si mati.


3. Faedahnya : Mampu untuk membahagi harta ataupun hak-hak kepada waris si mati.


4. Kelebihannya : Kelebihannya banyak sekali di antaranya di dalam sabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya : "Pelajarilah ilmu faraid (pusaka) serta ajarilah kepada manusia kerana ia merupakan ilmu yang pertama diangkat daripada umatku". ((Riwayat ibnu Majah dan juga Hakim))


5. Nisbah : Nisbahnya dengan ilmu-ilmu yang lain ialah ianya merupakan sejumlah daripada ilmu syariah Islamiah.


6. Pengantar cara : Pengantar cara (pengasasnya) ialah Allah S.W.T. Ada pula ulama' mengatakan ia merupakan kajian daripada ulama' mujtahidin. Kesimpulan yang dapat diambil daripada perselisihan ini ialah asal ilmu ini merupakan daripada wahyu yang turun ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, kemudian beberapa hukum lain merupakan kajian daripada ulama' mujtahidin.


7. Gelaran : Gelaran ilmu ini banyak sekali di antaranya : Ilmu hisab, ilmu mawarits, ilmu pusaka islam, feqh mawarits dan lain-lain.


8. Hukum Syara' : Menjadi fardhu ain mempelajarinya jika tidak ada orang yang mampu mempelajarinya dan menjadi fardhu kifayah jika ada orang lain selain kamu mampu mempelajarinya.


9. Petikan (Dalil) : Daripada al-Quran dan as-Sunnah serta ijma' para sahabat Rasulullah S.A.W.

10. Masalah : Masalah yang terkandung di dalam ilmu ini seperti perbincangan 1/2 dibahagikan kepada 5 golongan dan sebagainya. Perkara ini akan dibincangankan dengan lebih terperinci. Insya-Allah.


Mudah-mudahan apa yang diingini tercapai...
Insya-Allah...

(Sumber rujukan : Pusaka dalam perspektif islam)


و الله تعالى أعلم

Kepala Ditemui.



Kepala dipenggal.


4 anggota keluarga bekas imam mati dibunuh.



بسم الله الرحمن الرحيم


TAMPIN - Empat anggota keluarga bekas imam ditemui mati dalam keadaan mengerikan selepas mereka dibunuh kejam disyaki oleh cucu sendiri di dalam dua buah rumah di Kampung Batang Rokan di Gemencheh di sini semalam.
Mayat bekas imam di kampung tersebut, Atan Daud, 90, di jumpai dalam keadaan putus tangan kiri. Dia ditemui bersebelahan mayat isterinya, Sufiah Keatas, 80, yang putus tangan kanannya.

Mayat menantu kepada pasangan itu, Ismail Awang, 76, itu pula ditemui tidak jauh dari mayat pasangan warga emas tersebut.
Seorang lagi yang dibunuh ialah anak Ismail, Siti Khatijah, 22.
Mayat Khatijah ditemui dengan pisau masih terpacak di dada di hadapan rumahnya yang terletak bersebelahan dengan kediaman datuk dan neneknya.
Mayat keempat-empat mangsa itu ditemui pada pukul 2 petang oleh adik Khatijah, Siti Mariam Ismail, 19, yang baru pulang dari sekolah.
( Dipetik dari Kosmo, 6 Januari 2010 )
*********************************************************************
Orang kampung den nampak nye... Erm... Apa-apa pun kes ini masih dalam siasatan oleh pihak berkuasa. Hanya disyaki cucu sendiri yang melakukan kes pembunuhan 4 orang sekali gus. Dalam masalah ini... Saya akan simpulkan dalam penentuan sebelum pembahagian... Tentang hukum siapa salah??? Siapa bunuh tue??? Saya tak bahaskan... Saya buat andaian ye... Jadi, disini ada dua masalah :


1. Dalam kes tadi, kita tak tahu siapa mati dulu??? Betul tak??? Apabila adik khadijah balik dari sekolah tahu-tahu je mereka berempat sudah meninggal dunia. Jadi, tidak tahu siapa mati dahulu... Buat pengetahuan, setiap kematian satu penentuan... Sepatutnye, 4 orang mati ada 4 kali penentuan... Setiap orang lain-lain penentuan nye... Tapi, dalam kes ini lain... Tiada saksi yang melihat siapakah mati dahulu??? Maka dengan ini antara mereka tidak saling mewarisi. Bab ini ada dibincangkan dalam fiqh al-mawarits permasalahan-permasalahan seperti ini.


2. Menurut berita tadi, disyaki cucu sendiri yang melakukan pembunuhan 4 orang sekali gus. Andai kata dia memang bersalah. Maka, si cucu pembunuh tidak mendapat harta warisan dengan sebab membunuh ahli warisnya sendiri.


Disini sahaja saya dapat berkongsi bersama sahabat-sahabat.
Sekian...


والله تعالى أعلم



Suami mangsa bunuh ditahan - Mohafri ditemui berkeliaran di hadapan Zoo Negara

بسم الله الرحمن الرحيم


KUALA LUMPUR - Selepas empat hari menjadi buruan polis, suami kepada seorang eksekutif wanita, Fazlina Ahmad yang dibunuh kejam dan mayatnya disimpan dalam almari di Taman Pinggiran Ukay, Ampang pada Rabu lalu akhirnya ditahan polis.
Mohafri Mohamed, 37, ditahan sepasukan polis ketika sedang berkeliaran di kawasan luar Zoo Negara, Hulu Klang pada pukul 8.30 malam tadi.
Bekas pengurus syarikat katering itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis daerah Ampang Jaya.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan lelaki itu akan dibawa ke mahkamah di Ampang hari ini untuk polis mendapatkan perintah tahanan reman.
Beliau berkata, penangkapan itu adalah hasil maklumat orang awam yang mengecam wajah lelaki itu yang disiarkan dalam akhbar.
( Dipetik dari Kosmo, 4 Januari 2010 )
*********************************************************************
Akhirnya, pihak polis berjaya menangkap suami kepada seorang eksekutif wanita, Fazlina Ahmad. Penangkapan itu adalah hasil maklumat orang awam. Terima kasih kepada semua yang membantu... Aik, macam saya pihak polis pula... Kita tunggu la pembicaraan di mahkamah nanti...  Kita jumpa lain hari...
Sekian...


والله تعالى أعلم

Di mana suami Allahyarham Fazlina?

 بسم الله الرحمن الرحيم


AMPANG JAYA - Polis percaya seorang lelaki yang merupakan suami kepada Fazlina Ahmad, 39, yang mayatnya ditemui dalam keadaan terikat di dalam almari rumahnya berada dalam keadaan tertekan sejak menjadi orang buruan.
Kali terakhir Mohafri Mohamed, 37, dilihat ialah di kawasan Stesen Kereta Api Rawang sambil membawa sebuah beg galas dalam keadaan cemas.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, lelaki yang bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat katering itu tidak mempunyai banyak wang ketika melarikan diri.
"Kita dimaklumkan dia hanya membawa RM100 ketika melarikan diri dan sebab itu polis yakin dia masih berada di sekitar Lembah Klang.
"Tambahan pula, dia tidak mempunyai ramai rakan yang membolehkannya bersembunyi atau meminta bantuan. Kita meminta ahli keluarganya menghubungi polis jika mempunyai maklumat mengenai lelaki itu atau memujuknya datang menyerah diri," katanya di sini semalam.
(Dipetik dari Kosmo, 3 Januari 2010)
*********************************************************************
Hari ini macam-macam kes berlaku... Akhir zaman la kata kan... Mudah-mudahan Allah memberi hidayah kepada suaminya menyerah diri kepada pihak berkuasa. Apa hendak ditakutkan kalau tidak bersalah??? Ini bukti suaminya bersalah... Saya tidak berniat hendak menghukum siapa salah??? Siapa betul??? Saya tidak layak... Saya bukan mengambil bidang perundangan pun... Kita serah kepada yang pakar... Mesti ada bukti yang kukuh untuk menjatuhkan hukum seseorang... Tetapi dalam kes ini, saya minat untuk mengupas satu masalah iaitu perkara-perkara yang menghalang perwarisan ( ممنوع من الإرث ) :


1. Perhambaan ( رق )
2. Pembunuhan ( قتل )
3. Perbezaan agama ( اختلاف الدين )


Ini merujuk kepada syair ar-rahabiyyah ( الرحبية ) yang saya sebutkan tentang perkara-perkara yang menghalang perwarisan. Dalam kes tadi, sekiranya si suami disabitkan salah dan membunuh isterinya. Maka, harta si isteri... Suami tidak dapat sebab membunuh isterinya.
Sekian...




والله تعالى أعلم

Hilang selepas terjun sungai.


بسم الله الرحمن الرحيم


KOTA BHARU - Tahun 2010 yang baru menjelang menjadi peristiwa malang kepada seorang anggota bomba apabila anaknya, Ridzalani Ramli 18, hilang dihanyutkan arus Sungai Pengkalan Chepa dekat Kampung Panchor awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.05 pagi itu, dia dipercayai terjun ke dalam sungai tersebut sebaik menyedari kehadiran anggota polis yang menjalankan rondaan sempena sambutan tahun baru.

Kejadian itu disedari oleh beberapa rakan mangsa selepas mereka gagal menghubunginya sebelum menemui motosikal yang ditunggang mangsa berada dalam keadaan terbalik di tepi jalan di atas Jambatan Pak Nik Lah yang sedang dalam pembinaan.


Ibunya, Che Rohani Abdul Ghani, 52, ketika ditemui di tempat kejadian memberitahu, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 1.15 pagi, sebelum menghubungi suaminya, Ramli Chik, 52, yang bertugas di Kuala Lumpur.
( Dipetik dari Kosmo, 2 Januari 2010 )
*********************************************************************
Mari kita sama-sama doa agar dijumpai semula dalam keadaan baik. Ameen... Insya Allah...
Dalam kes ini, ada beberapa maklumat penting ingin saya kongsi bersama.  Penentuan Sebelum Pembahagian. Disini saya boleh simpulkan ada 2 keadaan :


1. Jika dia mati secara hukmi iaitu hakim yang tentukan. Tidak boleh kita sendiri tafsirkan... Hukum ini ikut hakim di tempat masing-masing. Jikalau kita sendiri melihat mayat si mati tidak ada masalah. Ini dinamakan "Hakiki". Masalah akan timbul apabila tidak jumpa dalam tempuh yang agak lama. Jadi, dalam kes ini... Kita serahkan hakim setempat yang akan menentukan sama ada masih hidup ataupun mati.



2. Jika ada ahli warisnya mati. Si "HILANG" berhak menerima harta warisan sekiranya pihak hakim masih mengatakan dia masih hidup. Hakim yang tentukan. Jadi, tentukan pembahagiannya walaupun dia "HILANG".


Ini merujuk kitab Fiqh Al-Mawarits dalam perundangan islam. Dalam kitab tersebut telah mengasingkan bab ini untuk menerangkan lebih lanjut. Saya tidak tahu bagaimana Mahkamah di Malaysia mengendalikan kes ini. Saya hanya hendak berkongsi pendapat dan idea bersama sahabat-sahabat. 


sekian...


و الله تعالى أعلم