Mayat bayi dibuang bagai sampah.


بسم الله الرحمن الرحيم


IPOH - Penduduk Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital di sini gempar dengan penemuan mayat bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan di dalam salah sebuah tong sampah yang terdapat di pangsapuri tersebut.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mayat bayi yang masih bertali pusat tersebut ditemui seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), K.Rajasekaran, 46, yang memungut sampah di kawasan perumahan terbabit.

Rajasekaran berkata, dia dan rakannya seperti biasa memungut sampah dalam tong sampah di pangsapuri tersebut sebelum dimasukkan ke dalam lori disediakan.
(Dipetik dari Kosmo, 31 Disember 2009)

*********************************************************************
Ya Allah, apa perasaan kita??? Bayi yang baru sahaja lahir dibuang begitu sahaja. Tidak sempat bayi itu untuk hidup bersama ibu bapa... Menikmati hidup didunia ini... Saya tidak berniat untuk ulas panjang-panjang kerana...... Kita ada akal yang mampu berfikir... Yang membezakan antara manusia dan haiwan... Sedangkan haiwan pun sayangkan anaknya... Habis tue kita berada ditahap mana??? 


و الله تعالى أعلم

Mayat mangsa lemas kedua ditemui.

 بسم الله الرحمن الرحيم


KUALA TERENGGANU - Mayat mangsa kedua yang hilang ketika mandi di Pantai Teluk Lipat, Sura Tengah, Dungun Ahad lalu ditemui selepas lebih 38 jam operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
Mayat Ahmad Amirul Haikal Jaafar, 9, ditemui terdampar oleh orang awam berhampiran stesen janakuasa Paka, kira-kira 30 kilometer dari tempatnya hilang.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Dahlan Mohd. Nor berkata, orang awam yang melalui kawasan itu ternampak satu objek terdampar di tepi pantai tersebut pada pukul 7.15 pagi sebelum ia didapati mayat seorang kanak-kanak.
(Dipetik dari Kosmo, 30 Disember 2009)

********************************************************************
Setiap manusia yang hidup akan mati. Tidak kira umur... Jangan kita sangka, kita masih muda... (Dengan nada berkata : Time muda ni la nak enjoy... Nanti da tua baru taubat...) Adakah kita yakin yang kita hidup lama??? Adakah kita dapat merasai masa tua??? Adakah??? Kalau kita saksikan fakta kes diatas, umur 9 tahun sudah menemui Allah... Innalillah...


Oleh itu, setiap kematian satu penentuan. Kalau kita tengok kanak ini masih 9 tahun kan... (Mesti ada orang kata : alahai, budak kecik mana ada harta...) Nah, Harta si mati bukan diukur hanya duit, kereta mewah, rumah besar, tanah dan sebagainya. Tetapi jangan kita lupa dan alpa... Harta yang kecil-kecil seperti selipar, baju, pen, buku... Yang kita anggap remeh sahaja... Sebenarnya, itu adalah harta peninggalan si mati yang akan ditentukan untuk dibahagikan kepada ahli waris yang berhak. Supaya apa??? Supaya harta-harta yang kita perolehi adalah halal lagi baik. Takut-takut nanti kita akan terambil harta orang lain. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati dan berjaga-jaga. Setiap perbuatan kita... Amalan kita akan dihisab oleh Allah kelak...


والله تعالى أعلم



Beza ke tidak???

بسم الله الرحمن الرحيم


 



Pada kali ini, saya berminat ingin menjawab persoalan sahabat kita. Soalannya : Bukan sama ke harta peninggalan dengan harta warisan??? Pada bahan kajian yang telah saya hantar yang bertajuk Harta Peninggalan (مال التركة) VS Harta Warisan (مال الإرث). Di sana saya telah jelaskan bahawa ada perbezaan sebenarnya tetapi dalam bahasa arab. Dalam Bahasa Melayu iaitu perkataan peninggalan dan juga warisan, saya tidak pasti sama atau tidak. Saya cuba mencari kamus dewan pustaka bahasa melayu di sini. Akhirnya tidak jumpa. Ya lah, berada di bumi para anbiya' yang penuh dengan bahan bacaan dalam bahasa arab. Walaupun bagaimanapun, saya cuba jelaskan lah… Apa yang ingin saya maksud kan… Supaya pembaca tidak terkeliru nanti...



 



Harta peninggalan (مال التركة) iaitu semua harta yang ditinggalkan oleh si mati dengan syarat harta tersebut hak sempurna bagi si mati. Manakala, Harta warisan (مال الإرث) iaitu harta yang diwariskan si mati setelah melaksanakan kewajipan-kewajipan sebelum menentukan hak-hak setiap ahli waris yang berhak. Apa itu kewajipan-kewajipan yang perlu dilaksanakan sebelum menentukan hak-hak setiap ahli waris???



 



Kewajipan itu adalah :



 



   1. Pengurusan si mati.

   2. Melangsaikan hutang si mati.

   3. Melaksanakan wasiat si mati.



 



Jadi, selepas ditolak kewajipan-kewajipan tersebut mengikut turutan. Maka baki itu dinamakan Harta Warisan (مال الإرث) yang akan dibahagikan oleh setiap ahli waris yang berhak.



Ini maksud saya. Istilah dalam bahasa melayu yang saya gunakan ini hanya untuk memahamkan bagi semua pihak khususnya masyarakat di Malaysia. Ada istilah arab yang tepat untuk menjelaskan masalah ini.



 



Terima kasih kepada yang bertanya. Harap penjelasan difahami.



 



والله تعالى أعلم

Pengenalan Ilmu

بسم الله الرحمن الرحيم

Telah berkata al-'Alim al-Imam Shabban:


(( Sesungguhnya pengenalan setiap ilmu sepuluh perkara : Definisi, Perbincangan, Kemudian Faedah, Kelebihan, Nisbah dengan ilmu lain serta Pengantar cara, Gelaran, Petikan Sumber Dalil, Hukum Syara', Masalah, Setengah daripada setengahnya memadai, Barangsiapa yang mengetahui ke semuanya akan mendapat kemuliaan )).


Ini dipanggil "pengenalan asas sepuluh perkara". Setiap ilmu kita akan merungkai dengan teori pengenalan asas sepuluh tersebut.


Pengenalan asas sepuluh perkara ialah :


1- Definisi.
2- Perbincangan.
3- Faedahnya.
4- Kelebihannya.
5- Nisbah dengan ilmu lain.
6. Pengantar cara.
7. Gelaran ilmu.
8. Hukum syara'.
9. Petikan sumber dalil.
10. Masalah yang dibincangkan dalam setiap bab ilmu tersebut.


Secara ringkasnya, ini jalan untuk memahami sesuatu ilmu. Insya Allah...

Harta Peninggalan VS Harta Warisan.

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, pertama dan selamanya... Mari kita sama-sama bersyukur kepada Allah dengan izin-Nya dapat kita melalui kehidupan ini semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.


Hari ini, cuaca agak sejuk sikit. Maklum la, sudah masuk musim sejuk... :) Apa-apa pun semangat juang yang tinggi perlu ada untuk mengharungi semua ini...


Zaman semakin hari, semakin maju... Manusia kini semakin lama merebut kekayaan, takut mati. Kita perlu sedar semua ini bahawa sesungguhnya setiap makhluk yang hidup akan mati. Jadi, harta yang banyak yang dicari-cari itu bukan milik kite sebenarnya. Kenapa saya kata begitu??? Ada apa dengan HARTA!!! Selepas kita meninggal dunia, ahli waris yang berhak akan dapat semua harta selepas semua kewajipan telah selesai dilaksanakan. Ini bermakna kita kumpul harta banyak-banyak dan akhirnya bukan untuk kita sebenarnya... Tapi, untuk ahli waris yang berhak. Mana harta kita sebenarnya??? Iaitu harta yang kita sedekahkan kepada manusia yang amat memerlukan... Harta yang dihabiskan dijalan Allah... Harta kita yang membayar zakat... Ini baru harta kita... Ini amalan kebajikan... Amalan-amalan yang dilakukan hanya kerana Allah.


Oleh itu, setiap si mati akan meninggalkan harta yang dipanggil harta peninggalan (مال التركة). Ahli waris yang hidup tidak boleh terus menentukan pembahagian harta secara terus kepada ahli-ahli waris yang berhak. Tetapi banyak perkara yang diperlukan sebelum membahagi harta tersebut. Banyak lagi kewajipan-kewajipan yang perlu dilaksankan. Jadi, ingatlah... bukan harta peninggalan itu ditentukan.... Tetapi Harta warisan( مال الإرث )... Sebelum untuk mendapatkan harta warisan, perlu laksanakan kewajipan tersebut :


1- Persiapan si mati, segala tuntutan si mati seperti memandikan hingga lah dikebumikan.
2- Membayar hutang-hutang si mati jika ADA.
3- Melaksanakan wasiat si mati jika ADA dan tidak melebihi 1/3.


Nah, inilah kewajipan yang perlu dilaksanakan sebelum menentukan pembahagian hak masing-masing bagi ahli waris yang paling berhak. Jika ada baki daripada harta peninggalan selepas melaksanakan kewajipan tersebut, ini baru dinamakan harta warisan yang akan ditentukan mengikut hukum Allah.


Harta peninggalan VS harta warisan... Mana yang milik ahli waris yang berhak sebenarnya??? Sudah pasti harta warisan yang kita cari... :)
Sekian, terima kasih...


Wa Allahu Ta'ala A'lam.

Muqadimah

بسم الله الرحمن الرحيم


ِِAssalamualaikum,


Alhamdulillah... Pertama dan selamanya mari kita sama-sama bersyukur kepada Allah... Kita masih mendapat nikmat iman dan islam. Syukur bukan semata-mata dengan ucapan sahaja, tetapi hati kita... Anggota badan kita... Perbuatan kita... Semua itu diambil kira untuk menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah...


Saya hendak berkongsi pada sahabat-sahabat semua, iaitu mengenai harta pusaka si mati. Topik ini biasa kita dengar, tetapi masih tiada jalan penyelesaiannya. Manusia tidak boleh lari dengan dunia. Cinta dunia. Cinta harta. Cinta.... Macam-macam lagi... Mana kita letak cinta kepada Allah...


No 1 ke?? No 2 ke?? ke tiada no bagi kita... Sama-sama fikirkan...


Harta pusaka sinonim dengan harta warisan yang akan diberikan kepada ahli waris yang hidup. Dalam keadaan ini, terdapat beberapa masalah akan timbul jika ahli keluarga tidak memahami dalam hal ini. Sampai ahli keluarga berpecah belah... Sanggup saling berbunuhan... Putus Saudara... Dan bermacam-macam lagi masalah yang timbul... Oleh itu, Allah sendiri telah menetapkan setiap pembahagian yang akan diterima setiap ahli waris yang berhak menerima iaitu di dalam SURAH AN-NISA' ayat ke 11, 12 dan 176 secara terperinci. Sessungguhnya Allah Maha Mengetahui.


Maka, setiap si mati satu penentuan. Kita menentukan menurut perintah Allah. Menentukan Sebelum Pembahagian, sebab sebelum membahagi harta peninggalan si mati banyak lagi perkara-perkara yang perlu diselesaikan. Ini bermakna bukan terus membahagi harta peninggalan.


Penentuan sebelum pembahagian... Topik ini la saya hendak sampaikan...


Alhamdulillah... Sekadar itu sahaja untuk renungan bersama...


Jaga ukhuwah saudara mara jangan disebabkan harta habis binasa... Ikatan musnah tanpa usul periksa... Amalan di dunia semua diambil kira... Jangan alpa dan leka... Ingat lah bersama...


Wa Allahu Ta'ala A'lam...