Pengenalan Ilmu Pusaka.

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum memulakan tajuk pusaka dan semua ilmu yang ingin diceburi terlebih dahulu hendaklah dikenal pasti apakah tajuk perbincangan atau lebih dikenali dengan "Pengenalan asas sepuluh perkara" iaitu :


1. Definisi : Feqh warisan dan ilmu hisab sebagai jalan mengetahui pusaka si mati daripada harta ataupun hak-hak.


2. Perbincangan : Harta pusaka si mati.


3. Faedahnya : Mampu untuk membahagi harta ataupun hak-hak kepada waris si mati.


4. Kelebihannya : Kelebihannya banyak sekali di antaranya di dalam sabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya : "Pelajarilah ilmu faraid (pusaka) serta ajarilah kepada manusia kerana ia merupakan ilmu yang pertama diangkat daripada umatku". ((Riwayat ibnu Majah dan juga Hakim))


5. Nisbah : Nisbahnya dengan ilmu-ilmu yang lain ialah ianya merupakan sejumlah daripada ilmu syariah Islamiah.


6. Pengantar cara : Pengantar cara (pengasasnya) ialah Allah S.W.T. Ada pula ulama' mengatakan ia merupakan kajian daripada ulama' mujtahidin. Kesimpulan yang dapat diambil daripada perselisihan ini ialah asal ilmu ini merupakan daripada wahyu yang turun ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, kemudian beberapa hukum lain merupakan kajian daripada ulama' mujtahidin.


7. Gelaran : Gelaran ilmu ini banyak sekali di antaranya : Ilmu hisab, ilmu mawarits, ilmu pusaka islam, feqh mawarits dan lain-lain.


8. Hukum Syara' : Menjadi fardhu ain mempelajarinya jika tidak ada orang yang mampu mempelajarinya dan menjadi fardhu kifayah jika ada orang lain selain kamu mampu mempelajarinya.


9. Petikan (Dalil) : Daripada al-Quran dan as-Sunnah serta ijma' para sahabat Rasulullah S.A.W.

10. Masalah : Masalah yang terkandung di dalam ilmu ini seperti perbincangan 1/2 dibahagikan kepada 5 golongan dan sebagainya. Perkara ini akan dibincangankan dengan lebih terperinci. Insya-Allah.


Mudah-mudahan apa yang diingini tercapai...
Insya-Allah...

(Sumber rujukan : Pusaka dalam perspektif islam)


و الله تعالى أعلم

0 comments: