Beza ke tidak???

بسم الله الرحمن الرحيم


 



Pada kali ini, saya berminat ingin menjawab persoalan sahabat kita. Soalannya : Bukan sama ke harta peninggalan dengan harta warisan??? Pada bahan kajian yang telah saya hantar yang bertajuk Harta Peninggalan (مال التركة) VS Harta Warisan (مال الإرث). Di sana saya telah jelaskan bahawa ada perbezaan sebenarnya tetapi dalam bahasa arab. Dalam Bahasa Melayu iaitu perkataan peninggalan dan juga warisan, saya tidak pasti sama atau tidak. Saya cuba mencari kamus dewan pustaka bahasa melayu di sini. Akhirnya tidak jumpa. Ya lah, berada di bumi para anbiya' yang penuh dengan bahan bacaan dalam bahasa arab. Walaupun bagaimanapun, saya cuba jelaskan lah… Apa yang ingin saya maksud kan… Supaya pembaca tidak terkeliru nanti...



 



Harta peninggalan (مال التركة) iaitu semua harta yang ditinggalkan oleh si mati dengan syarat harta tersebut hak sempurna bagi si mati. Manakala, Harta warisan (مال الإرث) iaitu harta yang diwariskan si mati setelah melaksanakan kewajipan-kewajipan sebelum menentukan hak-hak setiap ahli waris yang berhak. Apa itu kewajipan-kewajipan yang perlu dilaksanakan sebelum menentukan hak-hak setiap ahli waris???



 



Kewajipan itu adalah :



 



   1. Pengurusan si mati.

   2. Melangsaikan hutang si mati.

   3. Melaksanakan wasiat si mati.



 



Jadi, selepas ditolak kewajipan-kewajipan tersebut mengikut turutan. Maka baki itu dinamakan Harta Warisan (مال الإرث) yang akan dibahagikan oleh setiap ahli waris yang berhak.



Ini maksud saya. Istilah dalam bahasa melayu yang saya gunakan ini hanya untuk memahamkan bagi semua pihak khususnya masyarakat di Malaysia. Ada istilah arab yang tepat untuk menjelaskan masalah ini.



 



Terima kasih kepada yang bertanya. Harap penjelasan difahami.



 



والله تعالى أعلم

0 comments: